Selamat datang ke blog Panduan Ubahsuai Rumah!
Blog ini adalah kesinambungan kepada blog lama di alamat tips-ubahsuai-rumah.blogspot.com yang telah dimulakan pada akhir 2008. Blog ini adalah sebagai rujukan asas panduan & tips ubahsuai rumah bagi anda yang ingin mengetahui garispanduan ubahsuai rumah serta had ubahsuai rumah yang dibenarkan oleh pihak MBSA sebelum anda mengubahsuai rumah di kawasan Shah Alam. InsyaAllah blog ini akan dikemaskini dengan maklumat terkini berkenaan panduan ubahsuai rumah. Sila bookmark blog ini untuk kembali mendapatkan info terkini.

Thursday, April 28, 2011

Tips & Panduan Ubahsuai Rumah - Blog baru ganti blog lama!


Assalamualaikum & salam sejahtera!
Saya mohon maaf kerana blog lama di alamat
"http://tips-ubahsuai-rumah.blogspot.com" sudah tidak dapat dilayari lagi kerana telah di'remove' oleh Google atas alasan blog tersebut ialah 'spam-blog'. Aaargh!

Baru petang tadi saya cuba mengakses blog tersebut untuk update, tapi gagal dan terpaksa melakukan phone verification dengan Google. Saya juga telah membuat permohonan untuk reinstate semula blog lama tersebut; tapi setakat ini saya belum jumpa mana2 artikel & ruang forum yang menjelaskan bahawa blog lama yang diremove telah di'reinstate' semula oleh Google/Blogspot.

Saya mula2 agak terkejut juga, tapi saya maklum inilah lumrah bila menumpang servis percuma Google. Untuk makluman anda, blog lama tersebut sejak 2008 telah saya SEO kan dan akan naik ke 1st page google dengan carian keyword spt;
- ubahsuai rumah
- tips ubahsuai rumah
- panduan ubahsuai rumah
- pelan ubahsuai rumah

dan lain2 keyword longtail yang berkaitan dengan ubahsuai rumah.

InsyaAllah saya akan memulakan semula blog baru ini dengan artikel2 tentang tips & panduan ubahsuai rumah (jika terjumpa) dalam simpanan dan akan saya post semula di sini.

Terimakasih di atas sokongan anda & maaf jika menyusahkan!